Era Baru ‘Master-planned Community’/ Komuniti Induk Terancang.

image1_new_1_1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah pembaca terfikir apakah bentuk kediaman yang akan muncul pada 5, 10 dan 15 tahun akan datang? Saya pun ada terfikir tentang perkara tersebut sehinggalah saya terbaca satu artikel dalam iproperty.com bertajuk ‘Developing Next Generation Master-Planned Communities’.

Fuh! Kalau baca perancangan diaorangni memang canggih, sampai saya rasa sangat teruja dengan pembangunan tersebut. Ok, mari kita layan antara elemen-elemen penting dalam ‘master-planned community’.

1. Aplikasi teknologi.

–   Bandar Pintar yang mempunyai kecerdasan buatan / artificial intelligences (AI), seperti kemampuan robot yang dapat berperilaku seperti manusia.

2. Mempunyai laluan berbasikal @ pejalan kaki / pedestrian friendly.

– Konsep ini menjadi identiti yang banyak ditawarkan oleh pemaju-pemaju yang gah sekarang seperti pemaju Sime Darby yang membangunkan ‘City of Elmina’ di Selangor.

3. Penglibatan penduduk.

–  Situasi yang biasa berlaku ialah apabila kediaman telah siap, maka kunci akan diserahkan kepada pemilik. Namun, tidak pula bagi pemaju yang membangunkan ‘master-planned community’. Mereka akan memberikan peluang kepada pemilik untuk menambahkan duit poket masing-masing. Inilah yang dinamakan sebagai ‘affordable living’ / kehidupan yang mampu untuk dimiliki.

– Sebagai contoh, di Dubai, terdapat pemaju yang membangunkan ‘Sustainable City’. Bagi setiap unit yang terjual pemaju akan memberikan sebahagian kedai runcit/retail yang tidak terjual kepada penduduk. Ini bermakna pemilik rumah menjadi pemilik bersama/ co-owning dengan pemaju. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di dalam komuniti tersebut.

– Selain itu, pemaju di Dubai juga memperuntukkan solar-panel di bumbung setiap rumah dan kawasan letak kereta. Tenaga elektrik yang lebih akan terjana. Hal ini dapat menjimatkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang lebih membawa kepada idea pertanian urban/ urban farming. Di Dubai, tenaga elektrik yang lebih ini telah digunakan untuk mengawal suhu di dalam rumah hijau. Olek kerana projek ini merupakan projek komuniti, pemilik memainkan peranan untuk menjadikan ladang itu hidup/ maju. Apabila mereka bekerjasama, terdapat perasaan pemunyaan kerana mereka menjaga kemaslahatan seluruh komuniti.

 

Tentu seronokkan dapat mendiami kawasan kediaman yang mempunyai elemen-elemen di atas. Apa kata kita survey pemaju mana  yang melaksanakan konsep ‘master-planned community’ di Malaysia dan jom kita melabur di dalam projek tersebut. Master-planned community living merupakan trend yang di cari pada masa akan datang.

 

Advertisements

Ada apa ‘law of attraction’ dengan pemilikan hartanah.

The law of attraction

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya yakin pembaca semua tentu telah mendengar perkataan ‘law of attraction’ atau hukum penarikan.

Apa itu hukum penarikan? Sebenarnya alam yang kita diami ini mengeluarkan getaran yang tersendiri. Anda perasan tak apabila otak kita setkan dalam minda tentang sesuatu perkara, apa-apa yang dilihat disekeliling kita adalah berkaitan dengan perkara tersebut. Contoh yang paling mudah, anda teringin nak beli kereta myvi warna hitam. Tatkala berada di jalan raya, tiba-tiba sahaja anda akan melihat kereta myvi warna hitam di mana-mana sahaja anda berada. Itulah yang dinamakan ‘law of attraction’. Anda akan menarik apa-apa sahaja yang minda anda telah setkan atau tetapkan.

Justeru, sebelum anda merancang untuk membeli hartanah, pastikan setkan dahulu dalam minda matlamat anda. Sebenarnya berjaya atau gagal pelaburan kita bermulanya dengan penetapan matlamat yang jelas. Di sini saya ingin membawa pembaca berkenalan dengan salah seorang pelabur hartanah yang kian popular sekarang ini iaitu Abe Nazz. Matlamat Abe Nazz ialah untuk bersara awal dan kaya menjelang tahun 2022. Beliau percaya yang tahun 2019 merupakan tahun yang baik untuk menjual. Disebalik ‘slang’ Kelantan yang sesekali kedengaran dari tutur bicaranya, Abe Nazz merupakan pelabur tegar hartanah under-construction/ masih dalam pembinaan.

Jadi, apa matlamat anda sebenarnya semasa membeli hartanah ? Jom review balik…

Bagaimana meningkatkan nilai sewaan unit.

gallery-living-room-2

Assalamualikum, baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang pasaran hartanah di Malaysia yang berada dalam fasa ‘soft market’. Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan menyebabkan harga sewaan rumah juga menurun/statik.

Justeru, bagaimanakah cara untuk meningkatkan nilai sewaan. Sebenarnya formula meningkatkan nilai sewaan bukanlah mustahil asalkan kita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

  1. Lengkapkan unit anda partial/fully furnish.

– Kaedah ini sebenarnya memudahkan penyewa untuk terus masuk dan mendiami rumah tersebut. Mereka hanya perlu bawa beg pakaian dan segala-galanya sudah tersedia untuk mereka meneruskan kehidupan di rumah baru.

2. Sewaan per-head

– Kaedah ini amat sesuai kepada pelajar/pekerja bujang. Pemilik hanya perlu menambahkan ruang bilik dengan membuat ‘partition’. Dengan adanya ruang tambahan ini dapat menambahkan bilangan penyewa dan seterusnya meningkatkan nilai sewaan.

3. Short term rental.

– Target penyewa ialah pelajar atau mereka yang mempunyai sesuatu urusan di tempat       tersebut untuk jangka masa yang singkat. Kaedah ini sesuai jika unit berkenaan                 berada berdekatan dengan institusi pengajian tinggi, hospital dan unit-unit komersial yang lain.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat menjadikan nilai hartanah anda positif cashflow. Sememangnya inilah yang menjadi impian setiap pelabur hartanah. Selamat mencuba.

 

AirBnb In the Making

20170722_152819

Assalamualaikum, masih ingat lagi tak kondominium under-construction yang saya beli di Shah Alam 2? Progressnya sudah naik sampai tingkat 6. Kondominium ni ada 15 tingkat kesemuanya. Dalam artikel yang lepas juga saya ada menulis tentang potensi Airbnb. Airbnb ni lebih menekankan kepada konsep short term rental. Ianya boleh dikatakan hampir serupa dengan bisnes homestay, cuma faedah yang ada apabila kita mendaftar dengan Airbnb lebih menarik.

Ciri menarik paling utamanya ialah ianya beroperasi secara online dimana ‘host’ atau pemilik rumah menyenaraikan listingnya , manakala ‘guest’ atau orang ramai dapat menempahnya secara atas talian.

Ciri yang lainnya ialah elemen keselamatan di mana terdapat polisi jaminan kepada ‘host’. Barang-barang yang hilang atau rosak akan diberi ganti rugi oleh pihak Airbnb. Hal ini dapat dilakukan kerana ‘guest’ yang telah mendaftar dengan Airbnb telah authorise kad kreditnya dengan Airbnb.

Sebenarnya banyak lagi faedah dan ciri-ciri menarik yang terdapat dalam Airbnb. Insya-Allah akan saya kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Sebelum balik dari Puncak Alam, sempat juga anak-anak saya main belon di galeri Shah Alam 2 sempena majlis Hari Raya.

20170722_144736

Menang hartanah lelong!! Berbaloikah.

auction_property_finance_bridging_01

Assalamualikum, bertemu kita dalam artikel pada kali ini, iaitu lelong. Saya rasa pasti ramai di luar sana yang teruja apabila mendengar perkataan lelong. Lelong yang saya ingin berkongsi pada kali ini ialah lelongan hartanah. Memang seronok jika menang hartanah lelong ni, apatah lagi jika unit itu memang dah lama menjadi dambaan hati. Namun, adakah  hartanah itu betul-betul berbaloi untuk dimenangi? Cuba tengok kes sebenar di bawah yang pasti membuka mata anda tentang realiti hartanah lelong.

  • Rumah teres 2 tingkat berjaya dimenangi Daniel dan Jojo dengan harga           RM290 000. Nilai pasaran ialah RM230 000. Kemudian, sewaktu pembersihan rumah, 2 orang lelaki datang untuk mengambil semula kabinet dapur yang bernilai RM15 000. Dipendekkan cerita, setelah laporan polis dan ugutan yang diterima Daniel dan Jojo akhirnya membayar kabinet dapur  dengan harga RM8k.
  •  Pemenang unit apartmen di Mount Kiara, Kuala Lumpur terkejut apabila terdapat potongan-potongan bahagian badan manusia dalam peti sejuk. Dia mengalami trauma dan akhirnya terpaksa menjual semula apartmen tersebut.

Kes-kes tersebut diambil dari buku ‘Property Jewels Under The Hammer’ oleh Renesial Leong. Apa pun, sebelum bid untuk hartanah lelong sesorang itu perlulah membuat penyiasatan terhadap hartanah tersebut. Bukan apa takut nanti banyak pula masalah yang timbul di kemudian hari.

Yang penting jangan mudah mengaku kalah. Teruskan bid untuk hartanah lelong kerana kalau kena caranya, hartanah lelong memang sangat menguntungkan.

 

 

 

Prospek pelaburan di Puncak Alam

Assalamualaikum, mungkin ada dikalangan pembaca yang baru pertama kali mendengar nama Puncak Alam. Puncak Alam adalah nama salah satu tempat di Kuala Selangor. Saya pun baru je berjinak2 dengan tempat ni. Maklumlah hajat dihati nak jadikan salah satu lubuk pelaburan hartanah, insya-Allah. Keinginan untuk melabur dalam sektor hartanah ni muncul setelah saya membaca buku ‘Anda Boleh Jadi Jutawan Hartanah Terbilang’ oleh Milan Doshi. Seakan magnet, hati saya semakin tertarik dengan konsep pendapatan pasif yang dapat dijana melalui pelaburan hartanah.

   2 tahun lepas saya bertungkus-lumus mencari unit yang dapat menjadikan saya seorang pelabur hartanah. Daripada satu unit ke satu unit saya jelajah, namun tak ada yang tersangkut. Sehinggalah satu hari  saya terlihat satu iklan oleh IJM pada majalah homefinder.

.20170723_162634

   So, tanpa membuang masa saya pun pergi ke galeri jualan IJM di Shah Alam 2, di Puncak Alam. Rupanya kat situ sudah begitu pesat membangun. Tesco ada, UITM Puncak Alam ada dan banyak lagi shop lot yang memudahkan kehidupan penduduk di sana. Kebetulan ada satu apartmen kat sana yang dibuka untuk jualan, Danau Perintis namanya. Setelah berpuas-hati dengan explanation oleh salesman kat sana, saya pun place booking RM100.

20170722_151503

Berkonsepkan resort style of living, setiap unit hanya mempunyai satu jiran di sebelahnya (Semi-Ds in the sky). Fasiliti yang ditawarkan walaupun asas tetapi adalah komprehensif seperti swimming pool, wading pool, changing room, gimnasium, reading room, surau, guardhouse, children daycare centre, multi-purpose hall, badminton court, kafetaria dan laundrette.

Danau Perintis ni sebenarnya agak dekat dengan UITM Puncak Alam. So, kalau nak cari penyewa di kalangan student pun boleh sangat. Sekarang ni pun pelajarnya sudah mencecah 30 ribu orang. Dan tak lama lagi akan ada Super Hospital UITM Puncak Alam. Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut bolehlah call , 0176561052.

Rahsia Menjana Duit Melalui AirBnB.

Vacation image.jpg

    Assalamualaikum, apa khabar pembaca sekalian. Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, insya-Allah. Topik yang saya pilih hari ini adalah rentetan daripada kegusaran ramai pihak terhadap pasaran hartanah yang kian tepu. Kalau kita lihat sekarang ni terlalu banyak projek perumahan yang dilancarkan pemaju. Ini dalam jangka panjang boleh membawa kepada masalah ‘oversupply’. Saya juga agak risau dengan fenomena yang baru ni. Maklumlah, saya juga ada membeli projek kondominium yang masih lagi dalam underconstruction. So, saya ada buat research sikit bagaimana nak atasi masalah ni. Alhamdulillah, saya ada terbaca dalam majalah iproperty tentang AirBnB.

   Berdasarkan bacaan saya, AirBnB ni rupanya telah menjadi satu evolusi dalam dunia pasaran hartanah. Dengan capaian pengguna sehingga mencapai angka jutaan,  AirBnB telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri hartanah seluruh dunia.

      Masyarakat  sudah maklum yang pasaran hartanah di Malaysia sudah memasuki bekalan yang berlebihan (oversupply). Justeru itu, agak sukar pelabur hartanah untuk menyewakan kediaman mereka dengan harga yang tinggi. Dengan adanya AirBnB, hartanah dapat disewakan dengan mudah dan dengan kadar sewaan yang menarik melalui capaian jutaan listing. Keuntungan ini dapat diperolehi melalui kaedah sewaan percutian (vacation rentals).

  • 2015 – 25.7 juta pelancong tiba di Malaysia. Ini bersamaan dengan 70,000 pelancong tiba setiap hari. Jika dilihat kepada kadar kumulatif perkembangan sederhana (CAGR- cumulative average growth rate) bagi sektor pelancongan antara tahun 2005 hingga 2015 ialah 6%. Jika CAGR ini berterusan, Malaysia akan menerima 35 juta pelancong pada 2020  (majalah iproperty.com).

     Apa lagi yang ditunggu. Jom kita usha mana-mana hartanah yang mempunyai nilai pelancongan untuk dijadikan vacation rental. Kawan-kawan pelabur yang telah pun menjadikan AirBnB sebagai lubuk wang, bolehlah berkongsi pengalaman di ruangan komen ye.